AJINOMOTO : Nurrul Nadhira binti Razihan (AEY120021)
AJINOMOTO
Pendahuluan
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG AJINOMOTO DI JEPUN
Matlamat Yang Membawa Kepada Penemuan Umami
- Penambah perisa AJI-NO-MOTO® merupakan jenama yang terkenal di seluruh dunia bagi Monosodium Glutamat (MSG). Ia juga merupakan perencah umami. AJI-NO-MOTO® menyedapkan semua jenis masakan tanpa mengubah rasa keaslian dalam masakan. Dengan menambah sedikit AJI-NO-MOTO® sebelum, semasa atau selepas memasak, makanan menjadi lebih lazat. AJI-NO-MOTO® digunakan secara meluas oleh suri rumah tangga, penjaja dan tukang masak profesional di serata dunia. Selain itu, ia turut digunakan dalam makanan proses, makanan sejuk beku, sup, snek, mee segera dan sebagainya.
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG AJINOMOTO DI JEPUN
Matlamat Yang Membawa Kepada Penemuan Umami
- Seorang saintis Jepun, Dr. Kikunae Ikeda tinggal di Jerman selama dua tahun bagi melakukan penyelidikan dalam bidang fizik selepas menamatkan pengajian di Universiti Tokyo di Jepun. Semasa berada di Jerman, beliau berminat dalam cita rasa pelbagai makanan yang pertama kali beliau makan di sana seperti tomato, keju, asparagus dan daging.
- Pada ketika itu, para saintis percaya bahawa terdapat hanya terdapat empat rasa asas. Bagaimanapun Dr. Ikeda merasakan bahawa mungkin terdapat rasa lain yang unik dan berbeza daripada empat rasa asas.
Dr. Kikunae Ikeda
Dr. Ikeda menemui Umami: satu rasa yang sama
- Setelah berada di Jerman selama dua tahun, beliau kembali ke Jepun. Beliau mendapati bahawa satu kualiti rasa yang tidak dikenali dan berbeza dari empat rasa asas iaitu manis, masin, masam dan pahit, terdapat dalam makanan sedap. Rasa yang berbeza ini dikesan paling jelas dalam sup yang disediakan dari rumpai laut kombu kering, yang telah digunakan secara tradisional dalam masakan Jepun.
- Selepas itu, pada tahun 1908, beliau mengkaji juzuk kombu kering dan mendapati satu rasa yang hendak disumbangkan oleh glutamat yang terkandung di dalamnya. Beliau menamakan rasa umami ini. Dalam percubaan untuk mengasingkan glutamat dari kombu, beliau membaca kertas kerja mengenai "Makanan dan Pencernaan" yang ditulis oleh Dr. Hizu Miyake, dan kagum dengan pendapat Dr. Miyake bahawa rasa baik menggalakkan penghadaman. Selepas menemui umami, beliau cuba untuk membangunkan satu bahan perasa baru berdasarkan kepada glutamat.
Glutamat pada ketika itu
Permulaan AJI-NO-MOTO® Sebagai Perniagaan
- Dr Ikeda percaya dalam menambah baik keadaan pemakanan orang Jepun melalui umami dan sedar akan keperluan untuk menyebarkan pemakanan dalam bentuk produk untuk isi rumah biasa. Beliau kemudiannya bekerjasama dengan Saburosuke Suzuki, yang bertanggungjawab untuk pengeluaran iodin, dengan idea mewujudkan perniagaan dan bercita-cita menjadi rakan kongsi dalam usaha mengkomersialkan idea beliau. Pada tahun 1909 setahun selepas memperoleh paten, AJI-NO-MOTO® telah dijual sebagai perasa umami yang pertama di dunia dengan membawa falsafah dan matlamat, “Eat Well, Live Well”. Pengeluaran bermula di kilang AJI-NO-MOTO DI Zushi.
Pada permulaan tahun pertama penjualan produk, Saburosuke Suzuki telah pun memulakan operasi penjualan AJI-NO-MOTO® di Taiwan dan Korea. Jualan produk ini telah melebihi ramalan beliau sendiri. Ini mendorong Saburo Suzuki, anak Saburosuke untuk melancarkan aktiviti penjualan produk ini ke China. Pada tahun 1916, satu pejabat cawangan telah ditubuhkan di Shanghai. Pada tahun berikutnya, produk itu diperluaskan di seluruh Asia. Hari ini, AJI-NO-MOTO® dijual di lebih daripada 100 buah negara, dan 15 buah kilang Ajinomoto yang berada di seluruh dunia membekalkan kira-kira satu pertiga daripada 1.5 juta tan Monosodium Glutamat di pasaran dunia. Pada tahun 1961, Ajinomoto (Malaya) Co., Ltd. Telah ditubuhkan di Kuala Lumpur, Malaysia dan nama syarikat ini ditukar kepada syarikat Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada tahun 1968.
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG AJINOMOTO DI MALAYSIA
Ajinomoto (Malaysia) Berhad
Ajinomoto (Malaysia) Berhad
- Ajinomoto (Malaysia) Berhad telah ditubuhkan pada 14 Julai 1961 di Malaysia. Syarikat ini memulakan perniagaannya sebagai pengeluar AJI-NO-MOTO® Monosodium Glutamat dan ditukar menjadi sebuah syarikat awam pada 11 Julai 1968. Ia juga merupakan antara syarikat usahasama Jepun yang paling awal ditubuhkan di negara ini. Semenjak itu, Ajinomoto (Malaysia) Berhad mula berkembang menjadi pengeluar perasa makanan yang dinamik yang memasarkan pelbagai jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia selama beberapa dekad.
Maklumat Syarikat
- Nama Penuh : Ajinomoto Malaysia Bhd
- Alamat : LOT 5710, JALAN KUCHAI LAMA PETALING 58200, , KUALA LUMPUR, MALAYSIA
- Borang Undang-undang : Syarikat Awam Berhad
- Tahun Syarikat Berdaftar : 1961
- Jumlah Bilangan Pekerja : Lebih 1000 Orang
- Pihak Berkuasa Pensijilan Halal : Sijil Halal (Malaysia)
- Tel: + 60-3-7980-6958
- Fax : 0379811731
- Emel : [email protected]
- Pasaran utama : Seluruh dunia
Produk Runcit
- Selama lebih 50 tahun, Ajinomoto (Malaysia) Berhad sentiasa komited untuk meningkatkan dan mengembangkan jenama baru demi membekalkan pelbagai variasi perencah dan ramuan perasa kepada rakyat Malaysia dan industri. Kini syarikat ini terus berkembang, baik dari segi kepelbagaian produk runcit mahupun kualiti melalui usaha untuk menawarkan produk serta perkhimatan yang inovatif, berdasarkan piawaian dan berkualiti tinggi.
- AJI-NO-MOTO ®
- Tumix
- SERI-AJI
- Vono
- AJI-SHIO
- PAL SWEET
- AJI MIX
- AJI-PLUS
- Slim Up HVP
- AJI-AROMA
- AJIMATE
Produk Perindustrian
- Ajinomoto (Malaysia) Berhad mempunyai perencah-perencah berUmami berfungsi yang dinamakan “TENCHO”. Produk-produk “TENCHO” digunakan secara meluas dalam industri pemprosesan makanan seperti pengeluar makanan mi segera, perencah, makanan snek, sos, makanan diproses dan sebagainya.
- HVP (Hydrolysed Vegetable Protein)
- AJI-AROMA
- AJI-NO-MOTO® PLUS
- AJIMATE
- ACTIVA TG
Pengerusi dan Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Berhad
Pengerusi, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif : General Tan Sri (Dr.) Dato’ Paduka Mohamed Hashim Bin Mohd. Ali
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif : Dato’ (Dr) Teo Chiang Liang
Pengarah Urusan, Ketua Pegawai Eksekutif : Ryoichi Ebata
Pengarah Eksekutif : Katsuhide Shirai
Motohiro Komase
Ryuji Ito
Kamarudin Bin Rasid
Azharudin Bin Ab Ghani
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif : Koay Kah Ee
Dominic Aw Kian Wee
Dato’ Setia Ramli Bin Mahmud
Falsafah dan wawasan
Falsafah kumpulan ajinomoto
Cara kumpulan ajinomoto
(menambahbaikkan persekitaran global)
(keamanan dan keselamatan )
(produk yang boleh dipercayai)
(adil, saksama, telus dan ringkas)
(pembangunan kerjaya, sokongan dan tindakan susulan)
(penilaian prestasi secara adil)
(kerja berpasukan)
Wawasan Kumpulan AJINOMOTO
Etika perniagaan
Tanggungjawab sosial korporat
Pengarah Urusan, Ketua Pegawai Eksekutif : Ryoichi Ebata
Pengarah Eksekutif : Katsuhide Shirai
Motohiro Komase
Ryuji Ito
Kamarudin Bin Rasid
Azharudin Bin Ab Ghani
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif : Koay Kah Ee
Dominic Aw Kian Wee
Dato’ Setia Ramli Bin Mahmud
Falsafah dan wawasan
Falsafah kumpulan ajinomoto
- Membina kehidupan yang lebih baik di peringkat global dengan menyumbang kepada kemajuan Makanan dan Kesihatan serta bekerja untuk kehidupan.
Cara kumpulan ajinomoto
- Mencipta nilai baru : mencipta nilai dengan idea baru dan inovatif yang berterusan berasaskan sains dan teknologi yang unik.
- Semangat perintis : sentiasa menyahut cabaran mencipta perniagaan dan pasaran baru
- Sumbangan sosial : memenuhi keperluan sosial secara tulus dan ikhlas dengan objektif memaksimumkan nilai kemasyarakatan melalui aktiviti perniagaan.
(menambahbaikkan persekitaran global)
(keamanan dan keselamatan )
(produk yang boleh dipercayai)
(adil, saksama, telus dan ringkas)
- Menghargai sumber manusia : menghormati pekerja-pekerja kumpulan Ajinomoto dan menjadi sebuah organisasi di mana warga kerja boleh meningkat maju dan menzahirkan keupayaan mereka dengan sepenuhnya.
(pembangunan kerjaya, sokongan dan tindakan susulan)
(penilaian prestasi secara adil)
(kerja berpasukan)
Wawasan Kumpulan AJINOMOTO
- Matlamat AJINOMOTO ialah untuk menjadi “kumpulan syarikat yang memberi sumbangan kepada kesihatan manusia di peringkat global” melalui penciptaan nilai yang unik secara berterusan untuk faedah para pelanggan.
- Menjadi kumpulan syarikat makanan global No. 1 dalam perniagaan perencah makanan.
- Menjadi kumpulan syarikat sains amino global yang pertama dengan memberi sumbangan kepada insan melalui teknologi asid amino.
- Menjadi kumpulan syarikat yang menggalakkan kesejahteraan melalui pendekatan sains untuk rasa yang lazat serta kesihatan.
Etika perniagaan
- Mereka amat mengutamakan kepuasan pengguna. Oleh kerana itu, mereka juga menggembleng segenap sumber kreatif serta menggunakan teknologi canggih untuk untuk memastikan bahawa hanya satu produk berkualiti tinggi dan khidmat terbaik yang akan disampaikan kepada pengguna. Melalui misi ini, dapat dilihat bahawa mereka amat mementingkan kualiti pekerja dan produk.
Tanggungjawab sosial korporat
- Sebagai syarikat yang terkemuka dan warga korporat yang peka terhadap keadaan sosial, mereka bertekad memberi sumbangan demi keharmonian dan pembangunan masyarakat. Selain itu juga, mereka memastikan pekerja sentiasa berpuas hati dengan pekerjaan mereka tanpa perlu berasa iri hati dengan etnik lain.
- Merealisasikan Falsafah Kumpulan Ajinomoto iaitu membina kehidupan yang lebih baik di seluruh dunia dengan menyumbang kepada kemajuan dalam bidang Makanan dan Kesihatan serta berusaha demi kehidupan yang lebih sempurna.
- Dengan kerjasama daripada pelbagai pihak yang berkepentingan, syarikat melaksanakan inisiatif yang berasaskan makanan dan khasiat di negara ini untuk menyumbang kepada masyarakat yang sihat dan cergas.
- Selama lebih satu abad, syarikat berusaha untuk menangani isu alam sekitar dalam aktiviti perniagaan bagi menggalakkan kemampanan global.
- Membantu membangunkan komuniti setempat dan membina masyarakat yang sihat.
- Membina sumber manusia generasi akan datang dengan mempromosikan program biasiswa dan pemberian geran penyelidikan serta menyediakan latihan kepada para pekerja bagi membangunkan pengetahuan dan bakat mereka.
Budaya korporat
- Mereka juga berusaha dengan gigih untuk terus mengekalkan situasi yang kreatif, terbuka, bersemangat dan yakin yang membolehkan para pekerja bekerja dengan tekun untuk kepuasan diri dan peningkatan kerjaya.
Ciri-ciri Pengurusan Syarikat Ajinomoto (Malaysia) Berhad
Konsep uchi-soto (keutamaan kepada para pekerja)
- Syarikat Ajimoto (Malaysia) Berhad amat memberi keutamaan kepada ahli-ahli dalam syarikat dan para pekerjanya. Seiring dengan tanggungjawab sosial korporat syarikat terutamanya dari segi pengurusan sumber manusia, program biasiswa diwujudkan selain pemberian geran penyelidikan serta menyediakan latihan kepada para pekerja bagi membangunkan pengetahuan dan bakat mereka. Di samping itu juga, pelbagai elaun dan insurans disediakan kepada para pekerja Syarikat Ajinomoto (Malaysia) Berhad.
Konsep sama rata
- Para pekerja diberi peluang dalam kenaikan pangkat dan gaji berdasarkan prestasi kerja mereka sama ada daripada pihak pengurusan atasan sehingga kepada pihak pengurusan bawahan. Kerja dilakukan dan diagihkan secara adil dan para pekerja bekerjasama dalam menggembleng tenaga bagi meningkatkan prestasi syarikat.
Konsep Kaizen Dalam Sistem Pengurusan Syarikat Ajinomoto (Malaysia) Berhad
1. Fokus kepada pelanggan
- Syarikat Ajinomoto (Malaysia) Berhad bermatlamat menjadi “kumpulan syarikat yang memberi sumbangan kepada kesihatan manusia di peringkat global” melalui penciptaan nilai yang unik secara berterusan untuk faedah para pelanggan dan amat menitikberatkan kepuasan pelanggan.
2. Pengurusan Kualiti secara Menyeluruh (TQM)
- Pihak syarikat pada masa yang sama menggembleng segenap sumber kreatif serta menggunakan teknologi canggih untuk untuk memastikan bahawa hanya satu produk berkualiti tinggi dan khidmat terbaik yang akan disampaikan kepada pengguna. Melalui misi ini, dapat dilihat bahawa mereka amat mementingkan kualiti pekerja dan produk.
3. Kerja secara berpasukan
- Pihak pengurusan syarikat mewujudkan siri program latihan luaran dan dalaman yang khusus dengan tumpuan pembinaan semangat berpasukan, bagi membangunkan bakat individu menjadi pemimpin yang berkuasa yang berupaya menangani perubahan dan cabaran global yang kerap dengan yakin.
Pencapaian Ajinomoto (Malaysia) Berhad
Kesimpulan
RUJUKAN :
1. http://www.ajinomoto.com/features/aji-no-moto/en/basic/
2. http://www.halalexporter.com/listing/ajinomoto-malaysia-berhad.html
3. http://www.securities.com/Public/companyprofile/MY/Ajinomoto_Malaysia_Bhd_en_1660086.html
4. http://www.ajinomoto.com.my/about-ajinomoto-group/
5. www.ajinomoto.com.my
- Secara keseluruhannya, terdapat beberapa sistem pengurusan Jepun yang diamalkan oleh Syarikat Ajinomoto (Malaysia) Berhad. Konsep uchi-soto khususnya dapat dibuktikan melalui falsafah dan matlamat syarikat yang amat menitikberatkan kebajikan para pekerjanya. Konsep kaizen juga turut diamalkan dalam syarikat ini. Syarikat Ajinomoto (Malaysia) Berhad mengutamakan kepuasan pelanggan disamping melatih para pekerja syarikat untuk menjalankan tugas syarikat secara berkumpulan supaya prestasi syarikat dapat ditingkatkan. Pada masa yang sama, syarikat ini memberi fokus kepada kualiti produk yang dikeluarkan.
RUJUKAN :
1. http://www.ajinomoto.com/features/aji-no-moto/en/basic/
2. http://www.halalexporter.com/listing/ajinomoto-malaysia-berhad.html
3. http://www.securities.com/Public/companyprofile/MY/Ajinomoto_Malaysia_Bhd_en_1660086.html
4. http://www.ajinomoto.com.my/about-ajinomoto-group/
5. www.ajinomoto.com.my